Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010

Cintaku Tekukur

Semalam saya membaca sebuah artikel tentang cinta.

"Sangkar tetap sangkar walaupun berdawai emas. Merdunya alunan suara tekukur dan indahnya buatan sangkar bukanlah jaminan bahagianya tekukur tetapi bahagianya pengurung"

Adakah saya pengurung itu?

Betul,
sayalah pengurung itu dengan seribu satu alasan yang berpunca hanya dari satu - iaitu saya takut kehilangan cinta. takut cinta saya jatuh longkang, takut cinta saya kemalangan, takut cinta saya hatinya jatuh keperempuan lain.

Benar,
sayalah pengurung itu kerana tidak mahu ditinggalkan sendiri tanpa cinta saya. Saya tidak mahu kesunyian tanpa cinta. saya tidak mahu hilang cinta. saya perlukan cinta saya sebagai penguat semangat saya. saya perlukan cinta bagi menemani hidup saya. saya memerlukan cinta yang boleh saya merajuk padanya, saya menangis padanya dan saya mengadu padanya. yang menyokong saya tak kira apapun saya.

Memang,
sayalah pengurung itu kerana saya juga manusia biasa. Saya perlukan teman dalam hidup. Saya perlukan orang…

Selamat Hari Raya 1431 H

Telah 31 tahun saya menyambut Aidilfitri. Teringat semenjak kecil betapa gembiranya bersama abah mencacak buluh pelita malam tujuh likur. kemudian menginjak remaja, raya dirasakan semakin hambar kerana tidak lagi berlari-lari ke sana kemari bermain bunga api.

Namun raya tahun ini, menyedarkan bahawa saya telah menginjak dewasa rupanya. masalah-masalah orang dewasa perlu saya hadapi. Dosa dan pahala adalah ditanggung sendiri. terasa berat terkadang dengan ujian dan kehidupan.

Tetapi baru perasan, banyak rupanya nikmat yang selama ini kurang dihargai. Terima kasih ya Allah atas refreshment ini.

Begini rupanya rasa rindu,
begini rupanya rasa sedih,
dan terima kasih ya Allah kerana masih memberi harapan kepadaku untuk mendapatkan semula apa yang aku rindukan.

Bagaimana Untuk Menjadi Superman?

Tertarik saya dengan artikel daripada http://aku-ok.com/blog

sedari kecil kita teringin untuk menjadi hero yang hebat seperti spiderman, superman dan batman. menjadi orang luar biasa yang mampu menolong orang di dalam kesusahan.

Mungkin persepsi hero perlu diperbetulkan;
1. teruskan dengan persepsi bahawa hero ialah orang yang dapat membantu orang lain.
2. tambah persepsi baru iaitu hero ialah orang yang dapat membantu orang lain menjadi lebih baik.
3. Hero ialah orang yang mengenang kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya.

langkah awal; mulalah berterima kasih kepada Allah.