Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Appreciate your life

Jika hendak tahu ertinya setahun - tanyalah pada pelajar yang gagal peperiksaan.
Jika hendak tahu ertinya sebulan - tanyalah pada ibu yang anaknya lahir tidak cukup bulan
Jika hendak tahu ertinya seminggu - tanyalah pada editor majalah mingguan
Jika hendak tahu ertinya sehari - tanyalah pada buruh kasar yang menyuap anak 6 orang
Jika hendak tahu ertinya sejam - tanyalah pada kekasih yang tak kunjung datang]
Jika hendak tahu ertinya seminit - tanyalah pada penumpang yang terlepas keretapi
Jika hendak tahu ertinya sesaat - tanyalah pada orang yang terselamat daripada kemalangan
Jika hendak tahu ertinya milisaat - tanyalah pada naib johan pingat olimpik.
Jika hendak tahun ertinya kehidupan - tanyalah pada si mati yang tertanam 6 kaki di bawah tanah.


Justeru erti kehidupan bukan terletak pada saat lahirnya kita, tetapi ialah pada saat matinya kita yang masih tidak bertanda.

Malam Nisfu Shaaban - 15 Shaaban - Hari Selasa 27 Julai 2010

Shaaban adalah bulan Allah.

Pada malam Nisfu Shaaban, Allah akan turun ke langit dunia dan prihatin terhadap hambanya. Mintalah apa sahaja. Umur yang panjang untuk ibadah, kesihatan dan rezeki serta jauh daripada bala.

bacalah Yaasin 3 kali dengan tenang. Banyakkan amal ibadah. Walau waktu lain sukar untuk bangun tahajud. cubalah untuk malam nisfu shaaban.

Series III How to be a morning person - 21 x 14 method

21 x 14 Methods
1. Method can be use eiterh 21x14 or 14x21.2. Write your matlamat 21 times for 14 days in a row 2.1. Matlamat mesti clear, jelas dan tepat.
"Saya nak bangun pagi" - > "Saya nak bangun pukul 5.30 pagi" 2.2. Tulis dengan tenang, sekiranya ada suara-suara hati yang negatif - abaikan. 2.3. Baca dan faham untuk setiap sekali ditulis sehingga cukup 21 kali. 2.4. Tulis berturut-turut sebanyak 14 hari. Jangan tertinggal.Tips ini adalah untuk retune semula Program di bawah sedar manusia.

Series II - How to be a morning persons - Tips to wake up for Subuh Prayer

Here is some list to share
( credit to 21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh ) cost RM 14.90 @ MPH

1. Change your mindset
1.1. Be with your positive friends;
1.2 As simple as change your ayat
before: "saya tidak mampu untuk bangun solat subuh"
after : "saya mampu untuk bangun solat subuh"

2. Ajak orang lain untuk sama solat subuh

3. Reprogram Sistem Bawah Sedar
Before; memang malas, penat dan mengantuk

Kaedah;
14x21 - akan diterangkan dalam post akan datang.

4. Aktifkan biological Clock - akan diterangkan dalam post akan datang.

5. Dapatkan Tidur yang berkualiti - akan diterangkan dalam post akan datang.

Give Me Your Hand

Alkisah satu cerita, seorang pakcik kaya yang sangat bakhil telah karam di laut dalam. Maka datanglah satu bot penyelamat, terlihat sahaja pakcik kaya itu, terus penyelamat berkata "give me your hand" tetapi dek kerana kebakhilan, pakcik tersebut fobia dengan perkataan give lalu tidak mahu menghulur tangannya untuk diselamatkan. Lantas si penyelamat menukar arahan "take my hand". barulah pakcik kedekut tadi berani menghulur tangan untuk diselamatkan.

Mungkin tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit kita membentuk sikap seperti pakcik tadi, terlalu sukar untuk memberi sehinggakan boleh mengancam nyawanya. Memberi bukan sahaja terhad kepada harta malah lebih daripada itu.

Senyuman, salam dan doa lebih mudah dan murah, malah tidak perlu modal sekalipun.
namun kenapa masih sukar untuk memberi?

Saya adalah orang biasa

Saya adalah orang biasa. Yang menjalani kehidupan orang biasa-biasa. Yang ada rumah biasa-biasa. Yang ada kereta biasa-biasa. Yang ada kerja biasa-biasa. Yang ada bakat dan kebolehan biasa-biasa. Dan ada paras rupa yang biasa-biasa. Namun sepanjang hidup saya ditagih untuk menjadi orang yang luar biasa. Orang yang hebat. Orang yang dikagumi. Orang yang tinggi.
Lantas saya berusaha untuk menjadi orang yang luar biasa itu. Kadangkala saya rasa saya berjaya dan kadangkala saya rasa saya masih lagi orang yang biasa-biasa. Pernahkah anda berperasaan seperti saya? Mari kita kongsikan bagaimana saya yang hidup biasa-biasa itu tetapi sebenarnya sangat luar biasa.

Pulanglah pasar malam dengan satu atau dua kekecewaan.

Dah beli charkew teow, lupakan bubur gandum dan chakoi. Tidak mengapa sepanjang jalan menyesal tak membeli untuk nafsu makan. Baik untuk diri kita - itulah antara intipati dalam motivasi pagi IKIM Jumaat lepas. Nampak simple dan senang untuk praktikkan?

Sebagai langkah awal untuk praktis puasa dalam rutin seharian,
cukuplah dengan hanya berkata "saya berpuasa" jika datangnya provokasi.

Ilmu Kosong

Saya sangat tertarik dengan ilmu segala seperti yang diperihalkan di dalam http://nusanaga.blogspot.com/. Terima kasih Hasel Usiby kerana berkongsi ilmu.

Ilmu segala - diringkaskan sebagai cara memperolehi ilmu dengan mengosongkan diri dan bersedia untuk menerima sebarang ilmu. Kemudian ilmu yang diterima diintegrasikan dengan ilmu yang kita sedia ada. maka bertambahlah ilmu, berkembanglah ilmu, wujudlah inovasi.

Menarik. sangat menarik.
Betul dan sangat betul.

Cuma selaku insan biasa, adanya takbur yang membelenggu. perasan diri bagus sehingga sukar membina kekosongan bagi menerima input baru. Sekiranya cuba sekalipun, kekosongan itu kadangkala terkambus kembali dengan ego diri menyebabkan ilmu orang lain sukar diterima. hanya idea dan ilmu kita saja yang betul. Maka sukarlah berkembang.

Untuk ilmu kosong ini dapat masuk, perlulah belajar ilmu rendah hati, betul tak hasel usiby?

Pernahkah anda melalui jalan yang berduri?

Pernahkah anda melalui jalan yang berduri? Bagaimanakah anda melaluinya.
Melalui jalan yang berduri adalah dengan berhati-hati, mengangkat sedikit kain dan awas sentiasa memijak.

Intipatinya ada 2 semasa melalui jalan berduri iaitu;
1. Sentiasa dalam keadaan sedar bahawa sedang melalui jalan berduri
2. Mengawal diri dan pergerakan daripada terpijak duri.

Itulah analoginya takwa.

Mukmin Profesional - Tazkirah Pagi Jumaat 2 Julai 2010

Rebranding diri kita menjadi mukmin profesional dengan mengambilkira 2 factor;
1. Mukmin - mengikut landasaan Allah.
2. Ya Kawi - Yang kuat - Jika di zaman Musa, kekuatan diibaratkan dapat membuka penutup air seorangan yang hanya mampu dibuka dengan kekuatan 10 orang namun milenia ini kekuatan dinilai dari kemahiran, berilmu dan berteknologi.

Mukmin profesional akan rebrand semula islam yang berlabel lemah ketika ini.