Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Marah bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus - Soap of the Day 1 Julai 2010

"Marah adalah seperti Api di Dapur Hati, jangan biarkan marak - nanti akan hangus tetapi jangan biarkan hapus, nanti akan dayus"

Anger start from Fire. Lihatlah kalau kita marah, muka merah, telinga panas, mata terbeliak, nafas kencang, panas rasa di kulit - samakan kalau kita berbahang di api?

Marahlah pada perkara-perkara besar yang memang sepatutnya marah seperti kalau maruah dipijak, family diperkotak-katik atau agama dipermainkan. bukan marah hanya kalau diri sendiri dikritik. Jadikan musuh sebagai pengkritik yang terbaik, yang sentiasa bekerja menilai kelemahan kita. dan berterima kasihlah kepada mereka.

"Orang tidak menyepak pada anjing yang mati" Justeru pasti ada yang lebihnya kita sekiranya dikritik/dicari kelemahan kita.

Selamat menguruskan marah - pesanan untuk diri sendiri dan orang lain

Hidup dan Kehidupan - Motivasi Pagi IKIM 30 Jun 2010

"Hidup dengan menerima dan Membina Kehidupan dengan Memberi"

Jangan sempitkan definisi memberi.
Sekiranya tiada upaya harta, berilah dengan tenaga dan kudrat
Sekiranya masih tiada upaya, berilah dengan kata-kata yang baik
Sekiranya masih tiada upaya, berilah dengan senyuman
Sekiranya masih tiada upaya, berilah dengan doa kepada orang lain.

Doa yang terbaik ialah doa kepada orang lain tanpa diketahui pun oleh orang yang didoanya.
dan doa tersebut akan balik kepada diri sendiri.

Tidak susah untuk berdoa, hatta kereta entah manusia mana rosak di jalan. doakan agar dimudahkan mereka, sebagaimana kita tidak mahu kereta rosak di jalan. begitu juga kita harapkan untuk mereka. Doakan juga agar kereta-kereta lain tidak tersekat di dalam jem, sebagaimana kita juga tidak suka.

Menjadi Pendengar Yang Baik - Motivasi 29 Jun 2010

"Dengarlah rintihan sekiranya tidak mahu mendengar jeritan"

Salah satu daripada Asmaul Husna ialah "Yang Maha Mendengar". Alangkah baiknya sekiranya kita dapat menjadi pendengar yang baik. Dengar segala masalah, dengar segala luahan dan dengar dengan sebaik-baiknya.

Ambillah hikmah kenapa mulut hanya 1 dan telinga dijadikan 2. Allah mahu kita lebih mendengar daripada berbicara. Jangan jadi tuli hanya kerana terlalu banyak bicara, sehingga terlupa untuk mendengar.

satu kajian mendapati anak-anak yang tidak didengar rintihannya, EQ akan menjadi tidak stabil apabila dewasa. Justeru dengarlah rintihan anak supaya mereka dapat membesar dengan baik.

Living without a maid?

Nowadays, we are tired of being abused mentally by maid. Bayar agent mahal, tup-tap lepas 3 bulan depa lagi. Ambik lagi, perkara yang sama terus berulang. Mengalir wang rakyat Malaysia melalui maid sahaja. Kalau maid bagus pun, still kena tanggung makan-minum, karenah dan keperluan-kehendak maid. Sedia maklum, maid juga makhluk Allah, sama seperti kita. Ada waktunya emosi mereka turut berputar ke atas dan ke bawah. Alangkah bagusnya kalau kita tidak memerlukan pembantu rumah.

Mari kita lihat kenapa kita memerlukan pembantu rumah;

1. Menjaga anak seketiadaan ibubapa pergi bekerja.
2. Menguruskan kain baju
3. Menguruskan dapur
4. Menguruskan rumah - berhabuk dan bersepah.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Kenapa Bangsaku Tidak Maju?

Mereka tidak maju kerana kurang ilmu.
mereka tidak maju kerana mereka memang tidak mahu untuk maju.
mereka tidak maju kerana mereka memang suka hanya berada di situ.

Tips Untuk Kekal Fokus

1. Betulkan Posture Duduk Anda - cara duduk yang salah sebab mudah penat
2. Bersihkan Tempat Anda - Teratur dan kemas - try 5S.
3. Alihkan semua perkara yang menganggu perhatian - facebook, hp, blog.
4. Tidur malam yang lena
5. Bahagikan kerja mengikut keperluan
- sangat penting dan sangat segera
- sangat penting dan tidak perlu segera
- Tidak penting dan sangat segera
- Tidak penting dan tidak perlu segera