Tuesday, December 22, 2009

Bagaimana untuk berfikir diluar kotak? (Thinking out of the box)

Apakah Kotak?
Kotak ialah dinding 4 segi yang berada disekeliling kita. Secara mayanya dinding itu ialah cara kita berfikir. Walau kita menoleh kedepan, kebelakang, kekiri dan kekanan, Dinding itu masih membatasi.

Cara v1 berfikir diluar daripada kotak.

1. Kenalpasti Masalah;
Nak Jual Dendeng 100 kg seminggu

2. Kenalpasti halangan/assumption;
2.1. Tak ada masa nak buat semua tu.
2.2. Tak tau nak jual pada siapa.
2.3. Not up to the standard
2.4. Tiada Modal

3. Cabar setiap halangan/assumption

3.1. Tak ada masa nak buat semua tu.
i. Kerja 6.30 am – 6.30 pm (12 jam) – memang solid kerja? Main facebook boleh pulak.
ii. 12 jam lagi? - mandi, sembahyang, main, tidor, borak.
iii. Ambil 1 jam sehari boleh? – tapi bila?

3.2. Tak tau nak jual pada siapa.
i. Opismata? – proven tapi tak mencukupi 100 kg seminggu.
ii. Opismata kawan-kawan? – tak cuba market lagi
iii. Lokasi makan yang perlu dendeng
- Tempat Lemang – proven, kenapa tak continue? – Lemang Pak Ali.
- Hotel – belum cuba, nak tanya macamana.
- Kedai nasik lemak – belum cuba, sesuai ke?
- Catering – mahal sangat. Diorang nak ke?

iv. Marketkan di internet
- Bukak blog – blog dah ada, gambar yang sesuai belum ada lagi.
- Market through facebook – belum lagi
- Market through shooting email – belum lagi

3.3. Not up to the standard
i. Buat Logo
ii. Buat tagging
iii. Buat packaging

Wednesday, December 9, 2009

Setengah Berisi, Setengah Kosong?


Kita mulakan Projek Book Review dengan bahan santai dan mudah. Buku Setengah Berisi, Setengah Kosong? adalah nukilan Parlindungan Marpaung diterjemah dari Bahasa Indonesia pada tahun 2008.



Buku ini mengandungi 63 bab yang dibawa dalam konsep cerita pendek dan kemudian diulas dan dikisahkan bagaimana untuk melihat apa jua peristiwa, hatta peristiwa duka sekalipun dari kaca mata orang optimis.

Bahasanya mudah, pengajarannya diungkap jelas. Yang paling sesuai bagi kita yang sibuk ini ialah ia boleh dibaca melompat-lompat. Tak baca topik awal, masih boleh faham lagi topik di belakang.

Jadi tak perlu baca semua dalam 1 masa. Mungkin sehari 1 cerita sudah memadai. Mungkin setelah bekerja seharian, boleh luangkan masa 3 minit membaca sambil melepaskan lelah. Atau mungkin hari itu, mendung berarak di hati kita, jadi tarik nafas panjang dan baca 1 cerita yang rasanya sesuai untuk merenung diri.

Contoh 1 bab di dalamnya ialah tentang 2 ekor katak yang tergelincir dalam tempayan susu. Seekor telah berputus asa, lelah berusaha dalam kesejukan. Tetapi seekor lagi, biarpun kelihatannya sudah tiada harapan, tetapi terus berusaha, memanjat ke sana ke sini. Apabila sudah tiada cara lain, hanya berkayuh dan berkayuh sahaja yang dapat dibuat. Sehingga akhirnya susu bertukar keras menjadi keju. Bukan sahaja, tenaga kayuhan dapat memanaskan badan tetapi keju yang keras membolehkannya melompat keluar.

Kita juga ibaratnya katak, Dalam dunia yang umpamanya tempayan susu, yang ada cuma doa dan usaha. Makanan yang penuh setempayan boleh jadi rezeki, boleh juga jadi punca tenggelam. Mana tahu takdir yang mendatang, mana tahu susu kalau dikacau lama-lama menjadi keju.

Saya letakkan buku ini di kawasan Ruang Rehat BPTM, berhampiran dengan Surat Khabar. Pastikan pelaburan sebanyak RM 28.00 berbaloi. Biarkan retai, asalkan isinya dapat kita cerna bersama.

Mana tahu perspektif kita sama-sama dapat dibetulkan.
Mana tahu selepas ini, di marah bos pun lebih kita dambakan. :D